Skip to main content

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT...DI DALAM KUALI BERTEMU JUA.

  • Che Ani tak tahu nak bagi tajuk apa hari ini, Che Ani nak cerita zaman kemerosotan Che Ani dan zaman kegelapan Che Ani dulu dulu untuk di jadikan pengajaran, bukan membuka aib diri apatah lagi mencari publisiti murahan, Che Ani ni dilahirkan alhamdullilah cukup sifat dan otak pun Allah kurniakan hampir hampir la mcm Einstein...ehehe..( perasan ja ni ya)

  • Zaman che Ani remaja, umur 12 hingga 23 tahun zaman kegelapan che Ani bermula, Che Ani dah berfikir benda mengarut yg tak patut Che Ani fikirkan sebagai pelajar. Kisahnya bermula begini, Che Ani anak sulung dalam adik beradik seramai 8 orang, dalam adik beradik Che Ani, Che Ani lah yang paling tak laku sekali, setiap kali orang datang rmh or saudara mara datang maka adik beradik Che Ani akan dirisik dan mahu di sunting menjadi menantu....yg hairan Che Ani sibuk jer nak sedih sedih...bila dah tua tua begini baru Che Ani tahu Che Ani lah manusia paling tak cerdik di atas muka bumi ini kerana risau benda benda yang tak patut di risau, Che Ani pun hairan kenapa Che Ani sedih sgt bila tak ada orang pun mengurat Che Ani or bila tak ada ibu bapayg mahu bermenantukan Che Ani. Kalaulah masa boleh berpusing balik, Che Ani akan tampar tampar muka Che Ani yg ngok ngok itu.

  • Sudahnya disebabkan risau benda bodoh daripada SRP Che Ani yg dpt 6A1 1 A2 dan 1 C3...che Ani punya result SPM drop ...masih gred satu tapi berbelas agregat Che Ani dapat...malu Che Ani nak tulis kat sini...tapi Che Ani bersyukur jugak nasib layak masuk U. Punca Che jatuh ni bukan apa..satu che Ani risau tak ada jodoh dan satu lagi Che Ani keluar drpd MRSM. Che Ani ni drpd form 1 hingga separuh form 4. che Ani belajar kat MRSM. Maka bermulalah zaman kejatuhan Che Ani dalam akademik .

  • Bila dah masuk U, penyakit Che Ani ni masih tak mahu sembuh sembuh  malah bertambah teruk. Che Ani dikurniakan rakan rakan sekuliah yg sangat baik  dan rakan rakan serumah yg juga baik baik. Kami macam adik beradik, masih berhubung hingga sekarang dan kami ada group wat app teman serumah UPM kami sendiri. Che Ani sebenarnya telah mensia siakan peluang keemasan untuk memperolehi kejayaan yg cemelang dlm akademik di peringkat ijazah pertama. Semasa Che Ani dok risau risau benda mengarut ni..kedua dua adik dibawah Che Ani berkahwin...lagila Che Ani sot...bongok tak Che Ani hahaha😂

  • Then Che Ani bergraduat ijazah pertama dengan begitu teruk sekali...ahhh janganla kamu tanya... yg pasti jiwa Che Ani mmg terganggu betul masa ni...Che Ani pun bawalah diri ke Sabah...dan sekarang masih terlekat di Sabah...tak tahulah Che Ani bilala Che Ani nak balik ke semenanjung....hati dah menggeletek nak balik tapi nak isi EG tukar tu yg berat betul.  Berbalik kepada kisah sot Che Ani yg sedih tak menentu tu...Che Ani nak nasihatkanlah adik adik Che Ani yg masih muda belia..yg punya harapan yg cerah dlm membina masa depan...time belajar kita belajar la...sampai jodoh kita mmg akan berkahwin.. tak payahla pening pening...ada duit kulit hitam pun jadi putih..hidung kembang pun jadi mancung...serius Che Ani tak tipu....keyakinan diri pun tinggi...tidak payah la mengejar cinta lelaki..kejar dahulu cinta Ilahi, bahagiakanlah kedua ibubapa....ikan di laut asam di darat...kalau dah jodoh dalam kuali bertemu jua.

  • Akhirnya dalam kekecewaan itu Che Ani berjaya juga melapor diri sebagai guru PEGAWAI PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH. Ya Allah dalam keadaan jiwa Che Ani yg tak tentu hala itu, Che ani berjaya  juga mendapat kerja..amazing la jugak kan❤️,..syukur kepada mu Ya Allah. Masa ni Che Ani dah umur 25. Che Ani malas dah pikir pasal jodoh jodoh ni...lantakla...Che Ani nekad kalau tak ada jodoh Che Ani nak melawakan diri , nak berjalan keliling dunia, nak buat rumah cantik cantik, nak pakai hangbag mahal mahal...haha bnyk betul Che Ani nak buatkan😂....bla bla bla..❤️

  • Tapi masa ni la ada jugak manusia yg  mahu Che Ani...ahah perasan jap..yala janganlah korang ketawakan Che Ani ya..tapi masa ni Che Ani di lamar guru disekolah Che Ani praktikal di Wangsa Maju..dan masa ni 2 rakan sejawatan che Ani pun nak jadi boypren....ehhh ehhh time Che Ani dah menyerah kalah baru timbul jodoh jodoh ni tau...😛 ...nanti Che Ani sambung lagi ya part 2 kisah Che Ani ni...berpinar dah mata Che Ani ni..

Comments

Popular posts from this blog

Disclaimer:"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat PruBSN Takaful Bhd. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my"

Announcement:  HEALTH ENRICH END ON MAY 31 2016  Assalamualaikum warga netizen! Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa HEALTH ENRICH sudah pun tamat pada 31 MAY 2016 dan telah di gantikan dengan Health enrich Plus. Selaras dengan kenaikan harga bagi produk terbaru' medical card ' plan perlindungan perubatan ini juga lebih komprehensif dan mempunyai coverage yang lebih luas. Hubungi saya : MARIANI BINTI MANSOR                          marianimansor.hhh@gmail.com                          013 8511692 peluang menambah pendapatan dalam bidang takaful , join kami sebagai ejen sepenuh masa/separuh masa . Tak tahu nak mula, jangan bimbang bimbingan lengkap akan di berikan. tambah pendapatan bulanan anda untuk cover perbelanjaan bulanan anda. anda mahu kami bantu mariani mansor 0138511692         ...
 Hari ini dah bermula tahun 2023, tak ada perkembangan yang membanggakan yang telah aku buat sepanjang aku hidup, tiada kejayaan besar besaran yang aku catat, kadang kadang kecewa juga, tapi bila aku fikir balik ..usaha aku untuk mencapai kejayaan yang aku impikan pun bukannya aku buat secara bersungguh sungguh. Aku percaya kepada Allah SWT..manakan mungkin aku mencapai kejayaan dan kekayaan kalau usaha aku pun hanya ala kadar. Maka ditahun baru 2023 ...aku harap sangat sangat aku boleh berubah, berubah sikapku kearah yang lebih baik terutama persediaan untuk mati aku mesti buat dengan skala yang besar. Aku ni sangat berharap aku kaya didunia ni...pertama sekali aku malas la nak fikir setiap kali nak membeli belah, setiap kali aku nak melancong, setiap kali aku nak " renovate rumah"..aku kena fikir berpuluh kali dan silap hari bulan boleh ratus kali..menyampah aku jadi orang ada duit yang hanya cukup cukup makan ni. Tahun ni aku cuba dengan sedaya upaya supaya aku jadi rajin....