Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

Aku Perantau

 Pulang aku ke bumi Sabah, hari ini hari ketiga aku berada di rumah setelah bercuti. Sunyi aku di tempat orang, tapi dapat dikurangkan perasaan sunyi itu kerana masih ada si bongsu
KLIA Airport Aku dah jadi perantau di Borneo selama 22 tahun, cepat ja masa berlalu..setiap kali aku balik beginilah ceritanya...segerombolan akan berada dia Airport untul ucap bye bye..nanti kita jumpa lagi.  
 Hari ini dah bermula tahun 2023, tak ada perkembangan yang membanggakan yang telah aku buat sepanjang aku hidup, tiada kejayaan besar besaran yang aku catat, kadang kadang kecewa juga, tapi bila aku fikir balik ..usaha aku untuk mencapai kejayaan yang aku impikan pun bukannya aku buat secara bersungguh sungguh. Aku percaya kepada Allah SWT..manakan mungkin aku mencapai kejayaan dan kekayaan kalau usaha aku pun hanya ala kadar. Maka ditahun baru 2023 ...aku harap sangat sangat aku boleh berubah, berubah sikapku kearah yang lebih baik terutama persediaan untuk mati aku mesti buat dengan skala yang besar. Aku ni sangat berharap aku kaya didunia ni...pertama sekali aku malas la nak fikir setiap kali nak membeli belah, setiap kali aku nak melancong, setiap kali aku nak " renovate rumah"..aku kena fikir berpuluh kali dan silap hari bulan boleh ratus kali..menyampah aku jadi orang ada duit yang hanya cukup cukup makan ni. Tahun ni aku cuba dengan sedaya upaya supaya aku jadi rajin....