Che Ani tak tahu nak bagi tajuk apa hari ini, Che Ani nak cerita zaman kemerosotan Che Ani dan zaman kegelapan Che Ani dulu dulu untuk di jadikan pengajaran, bukan membuka aib diri apatah lagi mencari publisiti murahan, Che Ani ni dilahirkan alhamdullilah cukup sifat dan otak pun Allah kurniakan hampir hampir la mcm Einstein...ehehe..( perasan ja ni ya) Zaman che Ani remaja, umur 12 hingga 23 tahun zaman kegelapan che Ani bermula, Che Ani dah berfikir benda mengarut yg tak patut Che Ani fikirkan sebagai pelajar. Kisahnya bermula begini, Che Ani anak sulung dalam adik beradik seramai 8 orang, dalam adik beradik Che Ani, Che Ani lah yang paling tak laku sekali, setiap kali orang datang rmh or saudara mara datang maka adik beradik Che Ani akan dirisik dan mahu di sunting menjadi menantu....yg hairan Che Ani sibuk jer nak sedih sedih...bila dah tua tua begini baru Che Ani tahu Che Ani lah manusia paling tak cerdik di atas muka bumi ini kerana risau benda benda yang tak patut di risau, Che ...